Bunga ini juga untuk perkahwinan adik iparku,
Bunga gantung kristal Hijau, digunakan pada malam berinai.
Simple tapi menawan. Berminat bolehlah membuat tempahan.
Perkahwinan sepupu kami, cupcake tier di tempahan untuk dijamu pada tetamu. Pengantin berbaju biru, di arak dengan barisan flower boy & girl. 3 daripada nya adalah anak2 ku.
Coklat Cadbury berbentuk Masjid Putrajaya, permintaan Hazirah dari Bangi. Masjid di bawa pulang ke Kelantan utk majlis pertunangan nyer.
Hantaran ini memang menjadi "HOT ITEM".
Sesiapa berminat bolehlah buat tempahan ya.
Tempahan ini last minute, sebelum raya dari Shikin. Ingin di bawa pulang ke kampung. Gubahan makanan ini di buat daripada asam-asam kering yg di gubah indah menjadi gugusan bunga. Harga RM60 saja.
Tempahan dari Maya (Wangsa Maju) utk perkahwinan adik lelaki nyer. 7 dulang bunga dulang daripada stocking bertemakan Hijau + Putih. Majlis berlangsung seminggu lepas raya, di Penang. Terima kasih MAYA kerana sudi menempah .
Agar2 kering ini di tempah oleh Mala (member office - Indian Girl) untuk pertunangan sepupu nyer di Cameron Highland, pada 5/9/2010. Kaum India pun dah pandai buat hantaran macam kita orang melayu tau.. Hope fully suka dengan gubahan ini ya... TQ