9/4/2011 tempohari adalah bezday ibu mertua ku yg ke 60 tahun, Pulut Berhias 3 tingkat dibuat berlauk kan rendang daging & ayam. Jamuan kecil di buat bersama ahli keluarga terdekat. Sesiapa berminat boleh membuat tempahan.
Sebanyak 12 pcs bunga dulang saiz besar & 4 pcs bersaiz kecil, di tempah oleh Marina. Berharap dia suka dengan hasil itu. Minta maaf berbanyak kerana lambat siap daripada tarikh yang dijanjikan. Tapi cantik kan hasilnyer... TQ, Marina.
Bunga telur ini dibawa ke pihak sebelah lelaki di Kelantan, pada 19/3/2011.
Bunga telur di bawa oleh model kami iaitu adik bongsu kami (Izzat). Yang dibelakang itulah rumah penganti lelaki.
Sekitar majlis di Kelantan 19/3/2011. Lepas tu apa lagi gi shopping kat Rantau Panjang & Bukit Bunga...... 1 bas rombongan pengantin perempuan daripada Teluk Intan, Perak. Shopping.....Shopping.... 4:30 pagi Ahad baru sampai di Perak.
Bunga ini juga untuk perkahwinan adik iparku,
Bunga gantung kristal Hijau, digunakan pada malam berinai.
Simple tapi menawan. Berminat bolehlah membuat tempahan.
Perkahwinan sepupu kami, cupcake tier di tempahan untuk dijamu pada tetamu. Pengantin berbaju biru, di arak dengan barisan flower boy & girl. 3 daripada nya adalah anak2 ku.