Perkahwinan sepupu kami, cupcake tier di tempahan untuk dijamu pada tetamu. Pengantin berbaju biru, di arak dengan barisan flower boy & girl. 3 daripada nya adalah anak2 ku.
Coklat Cadbury berbentuk Masjid Putrajaya, permintaan Hazirah dari Bangi. Masjid di bawa pulang ke Kelantan utk majlis pertunangan nyer.
Hantaran ini memang menjadi "HOT ITEM".
Sesiapa berminat bolehlah buat tempahan ya.
Tempahan ini last minute, sebelum raya dari Shikin. Ingin di bawa pulang ke kampung. Gubahan makanan ini di buat daripada asam-asam kering yg di gubah indah menjadi gugusan bunga. Harga RM60 saja.
Tempahan dari Maya (Wangsa Maju) utk perkahwinan adik lelaki nyer. 7 dulang bunga dulang daripada stocking bertemakan Hijau + Putih. Majlis berlangsung seminggu lepas raya, di Penang. Terima kasih MAYA kerana sudi menempah .
Agar2 kering ini di tempah oleh Mala (member office - Indian Girl) untuk pertunangan sepupu nyer di Cameron Highland, pada 5/9/2010. Kaum India pun dah pandai buat hantaran macam kita orang melayu tau.. Hope fully suka dengan gubahan ini ya... TQ
Hantaran ini hanya 3 dulang saja, (2 pasang persalinan & 1 agar2 kering) bertemakan Maroon Colour. Di atas permintaan Kakak Beni, saya hanya mengubah nya menjadi sesuatu yg menarik & simple, bunga dulang telah disediakan oleh kakak nya. Hantaran digubah dgn simple kerana ia akan di bawa naik kapal terbang ke Kuching, Sarawak untuk pertunangan Beni pada 17/7/2010.
Teluk Intan, Perak terkenal dengan MENARA CONDONG......
Inilah hasilnya yang diminta oleh sepupu kami (A-Pul dari Klang) untuk hantaran pertunangan nyer dengan orang Ipoh, Perak juga pada 26/6/2010. Menara Condong ini dihasilkan daripada coklat, bertemakan Di awan awangan dengan kilauan silver.
A-pul juga menempah Kek Fondant untuk hantaran nya.
Selamat Bertunang SHAH & BIBI pada 12/6/2010 tempoh hari di Lumut, Perak.
7 dulang hantaran daripada pihak lelaki, bertemakan Biru & Putih (English Style). Inilah hasilnya... Cantikkan....
Tempahan last minute Nadia (Seri Kembangan) dapat diselesaikan juga akhirnya. Bertemakan Purple/Putih, bunga dulang ini akan dihias pada hantaran perkahwinan Nadia, pada 12/6/2010.
Hanya RM10, sesiapa yang berminat bolehlah buat tempahan sekarang. Bunga stocking ini juga boleh dijadikan bunga pahar.