Kesibukan yang melanda di bulan Ramadhan yang mulia ini, baru hari ini dapat updated gambar ke dalam blog untuk tatapan semua. Minta maaf banyak2 ye.... Tempahan ini telah ditempah seminggu sebelum puasa tempohari. Bertemakan hitam & merah sebanyak 7 dulang.
Junjungan Sireh direka khas untuk Vijiamala sempena pertunangan saudara adiknya di Seremban. Sireh adalah sesuatu benda utama untuk kaum India kita di Malaysia sejak dulu lagi, tetapi kini ia telah moden mengikut peraliran zaman. Terima Kasih Mala di atas kepercayaan yang diberikan.